Sunday, June 19, 2011

JUNE 2011

 SYURGA MAKANAN.....

Wahhh!!1 saya sudah berumur 9 bulan... nyum nyumm nyum sekarang saya memang berselera untuk makan, yang paling saya suka PISANGGG!! BUBUR NASI  pun sedap jugak, ibu saya suka bagi saya bubur kaler oren,, mungkin ada sayur kot huhuhu tapi sedap sgt .. ibu saya juga bagi saya makan nestum, mcm2 perasa dia bagi saya cuba, ada rasa soya, coklat, kurma, perasa sayur pun ada ... Ada sekali tu ibu saya try bagi makan buah-buahan yang dilecek mcm anggur, pir dan limau... rasanya saya kurang gemar yukkkss *tak sedap ler ibu*  Tapi bila dah meningkatkan umur ni saya agak tertarik dgn makanan yang dimakan oleh ibu ngn ayah saya, macam sedap sangat kan kan asyik sungguh saya tengokkk..



Awal bulan jun kan cuti sekolah, Pak uda n mak uda saya datang bercuti di rumah saya. Seronok saya dapat berjumpa dengan sepupu saya Ang najwan dan abg apiq... seronok sangat dapat jalan-jalan dengan mereka. paling saya suka nenet pun ada sama... hehehe nenet suka sangat dengan saya, katanya saya dan makin membesar dan muka saya pun dah berubah berbanding semasa saya kecil dulu... apa-aper lah yang penting saya sukaaa...


Sejak berumur 9 bulan, saya terasa sangat cergas, wahh !! rasa macam nak explore seluruh rumah saya.. saya dah pandai tolak pintu masuk ke bilik2, ke dapur ( saya sangat teruja-uja sangat) ... rupanya rumah saya banyak sangat buku.. hmmm saya rasa ibu saya suka baca buku kot... kerja saya sekarang belek segala majalah dan sepahkan hahhaha saya suka sangat, pastu dengar macam ibu saya membebel2, tapi dia tak marah..hehehe setiap kali saya buat sepah, ibu saya datang dan terus peluk saya dan cium saya, dia macam ada bagitau sesuatu tapi saya tak endahkan yang penting ibu sayang saya, saya pun sayang nagn ibu muaahhh

Thursday, May 19, 2011

MY FIRST TOOTH!! arghhh

Dah masuk bulan Mei 2011. Genap umur saya 8 bulan...
GIGI PERTAMA SAYA DAH TUMBUH... ngeee!!!

Seminggu sebelum gigi saya start tumbuh, saya demam teruk sangat huhuhu sian ibu saya. Masa tu saya kat umah makteh kat Serdang Raya , terpaksa kejutkan pakteh dan makteh untuk hantar saya ke Hospital Serdang sebab badan saya panas sesangat... saya pun naik letih nak nangis, penat ooii


Gusi pun dah start gatal-gatal, memang rasa kurang selesa .. lidah dan tangan asyik nak pegang gigi baru tuh

nak tengok gigi saya kan.. taraaaaaaaa...


 wiieee.....



 Nampak tak gigi saya? hehehe

erkk.... berapa lama mau bukak molut nih ibu...



Dah.. dah.. saya nak rehat nih.. sakit tau gusi saya bila gigi susu ni dah keluar,, Wah! mesti lepas nih saya dah boleh start gigit gigit hua hua hua... atau mungkin saya dah kena start makan dan mengunyah.. lorr saya suka minum susu jer, camane nih! sedap ke makan tuh? nanti kena makan apa? sama tak rasa ngan susu yang saya suka tuh... camana raser tu ye?? sama macam yang saya tengok ibu ngan ayah saya makan jugak ker? Banyak persoalan belum terjawab nih,,, huhuhuhu gatalnya gusi nih,, o o o pasni gigi-gigi lain akan tumbuh jugak kan,, aduiii

Wednesday, April 13, 2011

Assalamualaikum April 2011

Wah!! sudah april , maksudnyer saya sudah berumur 7 bulan .. yippiee
Memang pelbagai ranjau dan cabaran yang terpaksa saya lalui untuk mencapai bulan ke 7 nih, selsema, demam, sakit mata, sakit telinga, ruam panas, ruam lampin, rambut panjang, kena gigit nyamuk, gatal gusi, isap jari, isap ibu jari ( 5 jari masuk mulut), semua benda nk masukkan dalam mulut.. huiiishh banyaknyer senarai huhuhu Ini baru 7 bulan, agak2nya apa lagi ?? nak sampai 7 tahun nanti mesti mcm2 lagi kan

 Yeayyy.... 


Posing sebelum gi klinik !
Bersama ibu saya tercinta


12hb April 2011- Check up untuk 6 bulan .. hehehe sebab kan saya baby premmie, jadi suntikan pun lambat sebulan.. lawak betul masa pegi klinik kesihatan td, saya pergi klinik desa Pulau Meranti, Puchong.. lama betul tunggu turn saya, kat sini diorang buat sistem appoiment, memang tak payah tunggu lama... Apoiment sya pukul 8 pagi, tapi ayah saya bertolak pukul 8.30pagi jadi terpaksa tunggu turn orang lain yang dah sampai sebelum kami.. ayah turunkan kami ( saya dan ibu) kat depan klinik, tapi ayah tunggu kat kereta,, dia nak tidor kot huhuhu

Punyalah lama nak tunggu turn saya, jadi saya pun tertido atas pangkuan ibu tercinta kroh kroh kroh
NURQASEHAIRA! NURQASEHAIRA!
Punya la kelam kabut ibu membawa saya jumpa misi,, timbang time... adoiiay 6.3kg , sama jer ngan bulan lepas.. lupalak nk bagitau, masa ibu buka baju n pampers saya, saya sempat terkencing atas baju dan kain ibu.. mmm saya pandang jer ibu, ibu mesti marah kan kan ... alhamdulilah ibu melemparkan senyuman pada saya, saya tergelak kecil.. 

SUNTIKAN!!!

Waaa!! kuatnyer suara saya masa tuh, bergegar bilik suntikan tuh.. sakit lerrr!! naper cucuk saya kat peha?
Saya pandang ibu dalam keadaan marah, sampai hati ibu cucuk saya, atau mungkin ibu marah sebab saya kencing atas ibu tadi kot huhuhuhu
Ayah!! tadi ibu cucuk saya, akiittt !!


Cayang ibu!!


terisak isak saya menangis sampai kat dalam kereta. Ayah dukung saya, mm ayah gelakkan saya, sampai ati ayah.. tapi selepas tu ayah cium saya ... weee!! saya gembira semula.. tak nak kawan ngan ibu sebab cucuk saya sampai sakit hehehe


Sunday, January 23, 2011

MY PICTURE







Me on 41st days...
after majlis bercukur...



Haiyyaa.. still sleeping maa

please open ur eyes dear  ( that's my ibu )



ME


CAN U SPOT ME??

Im with ayah during majlis bercukur , on 17th of October 2010..




Im at 40 days...
did i look cute??

smile !!

MY LANDING TIME!!!

OPPPS ... SORRY NO IMAGE
Just little words from my Ibu ...
So read with carefully...

PERMATA HATI IBU

Januari 2010
Salam duhai pujaan hati ibu,
Menerima tamparan hebat sepanjang Januari 2010 seakan memberhentikan degupan ibu buat seketika. Terasa diri semakin lemah, hanya mampu menadah doa pada Ilahi agar diber kekuatan meneruskan perjalanan hidup ini.

Alhamdulilah dalam bulan ini ibu diberi anugerah yang paling bermakna dalam hidup ibu, memang manis saat ini. Hati ibu tidak putus melafazkan syukur kepada Allah s.w.t  atas pemberian Nya. Sebenarnya ibu amat takut pada mula, iaitu saat ibu menjalankan ujian kehamilan buat pertama kali. Pagi itu, terdetik hati ibu untuk membuat ujian walaupun dalam hati menafikan kehadiran benih dalam rahim ibu. Menyaksikan keajaiban yang berlaku di depan mata buat pertama kali membuatkan seluruh badan ibu bergetar, hampir rebah ibu semasa melihat 2 tanda yg muncul di test pad, sebab selalunya 1 tanda yang muncul...

Mulut ibu tidak putus berkumat kamit menuturkan surah al fatihah dengan linangan airmata yangberjurai-jurai, Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi

Ibu menyimpan perasaan itu jauh di sudut hati ibu, memandangkan itu hanyalah ujian kehamilan yang pertama. Ibu sebenarnya takut, takut menghadapi dunia reality , apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai ibu nanti, mampukah ibu?

Ibu menghubungi ayah menyampaikan berita, ayah Cuma mengatakan itu hanya ujian pertama, tidak salahkan dia sebab dia tidak pernah menghadapi saat seperti ini. Ibu faham, ibu pun tidak meletakkan harapan yang tinggi. Masih ada sehari lagi untuk membuat ujian kali kedua.

Malam sebelum nya ibu memang tidak lena tidur, asyik resah. Sesekali ibu bangun menghadap cermin memeriksa perut.. agak kelakar bila saat itu di ingati kembali. Perut ibu yang agak besar sebelum ini, tiada tanda yang ibu Nampak perbezaannya.

Jam 5 pagi ibu bangun, terus buat ujian kedua. Sekali lagi ibu memanjat kesyukuran, keputusan positif! Alhamdulilah.... pagi itu juga ibu menghubungi ayah, dia hanya memberitahu ibu untuk menjalankan pemeriksaan seterusnya di klinik untuk mendapatkan keputusan yang lebih kukuh.
Itulah ayah, walaupun ibu tahu dalam hatinya memang memanjat kesyukuran menerima berita gembira ini tetapi dia cuba memberi reaksi yang agak natural.

Pagi itu juga ibu ke klinik untuk menjalankan ujian kali ketiga, yang paling mendebarkan. Ternyata Dr Noor Bila dari Poliklinik Medinur yang menjalankan ujian pada ibu mengucapkan tahniahke atas keputusan positif. Dia menyatakan kandungan ibu berumur 6 minggu. Dai juga menasihatkan ibu agar menjaga kandungan dengan menjaga kesihatan dan makan makanan yang berkhasiat. Ibu menlafazkan terima kasih atas segala nasihat dan berita gembira itu.

Setelah mendapatkan tarikh perjumpaan seterusnya, ibu terus menghantar sms buat ayah.. Ibu tahu ayah gembira tapi itulah ayah dia masih menyembunyikan perasaan nya untuk sama-sama berkongsi perasaan dengan ibu. Mungkin dia masih tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi . Ibu tahu di sudut hatinya yang paling dalam, mengatakan alhamdulilah , setelah melepasi hampir setengah abab umurnya, benih yang disemai membuahkan hasil.. walaupun inilah yang ditunggu-tunggu selama ini... Cuma satu saja yang ibu mahu ayah tahu, inilah tanda bukti cinta ibu pada ayah.... yang bersemi dalam tubuh ibu, satu jasad hasil cinta kita, kurniaan Allah s.w.t.

FEBRUARI 2010

Dalam keadaan perasaan ibu yang bercampur-campur, antara gembira dan takut bersilih ganti bermain-main di fikiran ibu. Suatu masa ibu menghadap cermin menatap perut dengan senyuman yang paling manis, kadangkala perasaan takut dan resah mencelah memudarkan seri wajah ibu, hampir menitis kan airmata ibu.. namun cepat2 ibu menukarkan dengan memanjatkan kesyukuran yang paling tinggi pada Allah s.w.t.

Ternyata laluan perjalanan ibu masih jauh terbentang di depan mata. Terlalu banyak onak duri merentang jalan, tapi ibu harus terus menapak ke depan, tanpa berpaling ke belakang. Agak sukar memperlihatkan seluruh perasaan dalam hati ke atas lembaran coretan. Yang pasti ianya memelukan keazaman dan ketabahan yang cukup tinggi, terlalu tinggi dari apa yang pernah ibu lalui sebelum ini.
Dorongan dan kata-kata harapannya menjadi bekalan untuk ibu mengharungi hari-hari yang bakal mendatang. Entah.. ibu masih tidak pasti, adakah ibu mampu melalui nya. Bab kata kakza, sekarang ada benih , hidupan, yang bernilai dalam perut ibu.. hargainya, berkan seluruh perhatian padanya..

Mampukah ibu? 






Hmmm... these one should in the beggining, rite??..

never mind..  tarrraaaaaaaaaaaaa
NOW IM...


Yes It's me.. newborn baby10 days...
yeap.. im ,on early delivered.. 36weeks with 1.6kg..
but alhamdulillah im quite healthy now...

with du'aa from my Ibu and my beloved family too..
now im ready to hit this world... my new world


READY 
LET'S COUNT TOGETHER

1,2,3......

NEXT PLEASE...

STARTING POINT


LET'S START FROM THE BEGGINING...

CAN U SPOT SOMETHING???

GREAT MOMENT 1st ever...
My Ibu really happy, and even can't wait for me to make her life beautiful





HE HE HE HE...
YEAP.. IM STILL SLEEPING IN THERE...
SEE....CAN U SEE THAT??
I miss u so much, my ibu's womb...
That's me 18 weeks...

will see u soon Ibu, can't wait to meet u too...
SOOO.....WAIT FOR ME YAAYY