OPPPS ... SORRY NO IMAGE
Just little words from my Ibu ...
So read with carefully...
PERMATA HATI IBU
Januari 2010
Salam duhai pujaan hati ibu,
Menerima tamparan hebat sepanjang Januari 2010 seakan memberhentikan degupan ibu buat seketika. Terasa diri semakin lemah, hanya mampu menadah doa pada Ilahi agar diber kekuatan meneruskan perjalanan hidup ini.
Alhamdulilah dalam bulan ini ibu diberi anugerah yang paling bermakna dalam hidup ibu, memang manis saat ini. Hati ibu tidak putus melafazkan syukur kepada Allah s.w.t atas pemberian Nya. Sebenarnya ibu amat takut pada mula, iaitu saat ibu menjalankan ujian kehamilan buat pertama kali. Pagi itu, terdetik hati ibu untuk membuat ujian walaupun dalam hati menafikan kehadiran benih dalam rahim ibu. Menyaksikan keajaiban yang berlaku di depan mata buat pertama kali membuatkan seluruh badan ibu bergetar, hampir rebah ibu semasa melihat 2 tanda yg muncul di test pad, sebab selalunya 1 tanda yang muncul...
Mulut ibu tidak putus berkumat kamit menuturkan surah al fatihah dengan linangan airmata yangberjurai-jurai, Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi
Ibu menyimpan perasaan itu jauh di sudut hati ibu, memandangkan itu hanyalah ujian kehamilan yang pertama. Ibu sebenarnya takut, takut menghadapi dunia reality , apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai ibu nanti, mampukah ibu?
Ibu menghubungi ayah menyampaikan berita, ayah Cuma mengatakan itu hanya ujian pertama, tidak salahkan dia sebab dia tidak pernah menghadapi saat seperti ini. Ibu faham, ibu pun tidak meletakkan harapan yang tinggi. Masih ada sehari lagi untuk membuat ujian kali kedua.
Malam sebelum nya ibu memang tidak lena tidur, asyik resah. Sesekali ibu bangun menghadap cermin memeriksa perut.. agak kelakar bila saat itu di ingati kembali. Perut ibu yang agak besar sebelum ini, tiada tanda yang ibu Nampak perbezaannya.
Jam 5 pagi ibu bangun, terus buat ujian kedua. Sekali lagi ibu memanjat kesyukuran, keputusan positif! Alhamdulilah.... pagi itu juga ibu menghubungi ayah, dia hanya memberitahu ibu untuk menjalankan pemeriksaan seterusnya di klinik untuk mendapatkan keputusan yang lebih kukuh.
Itulah ayah, walaupun ibu tahu dalam hatinya memang memanjat kesyukuran menerima berita gembira ini tetapi dia cuba memberi reaksi yang agak natural.
Pagi itu juga ibu ke klinik untuk menjalankan ujian kali ketiga, yang paling mendebarkan. Ternyata Dr Noor Bila dari Poliklinik Medinur yang menjalankan ujian pada ibu mengucapkan tahniahke atas keputusan positif. Dia menyatakan kandungan ibu berumur 6 minggu. Dai juga menasihatkan ibu agar menjaga kandungan dengan menjaga kesihatan dan makan makanan yang berkhasiat. Ibu menlafazkan terima kasih atas segala nasihat dan berita gembira itu.
Setelah mendapatkan tarikh perjumpaan seterusnya, ibu terus menghantar sms buat ayah.. Ibu tahu ayah gembira tapi itulah ayah dia masih menyembunyikan perasaan nya untuk sama-sama berkongsi perasaan dengan ibu. Mungkin dia masih tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi . Ibu tahu di sudut hatinya yang paling dalam, mengatakan alhamdulilah , setelah melepasi hampir setengah abab umurnya, benih yang disemai membuahkan hasil.. walaupun inilah yang ditunggu-tunggu selama ini... Cuma satu saja yang ibu mahu ayah tahu, inilah tanda bukti cinta ibu pada ayah.... yang bersemi dalam tubuh ibu, satu jasad hasil cinta kita, kurniaan Allah s.w.t.
FEBRUARI 2010
Dalam keadaan perasaan ibu yang bercampur-campur, antara gembira dan takut bersilih ganti bermain-main di fikiran ibu. Suatu masa ibu menghadap cermin menatap perut dengan senyuman yang paling manis, kadangkala perasaan takut dan resah mencelah memudarkan seri wajah ibu, hampir menitis kan airmata ibu.. namun cepat2 ibu menukarkan dengan memanjatkan kesyukuran yang paling tinggi pada Allah s.w.t.
Ternyata laluan perjalanan ibu masih jauh terbentang di depan mata. Terlalu banyak onak duri merentang jalan, tapi ibu harus terus menapak ke depan, tanpa berpaling ke belakang. Agak sukar memperlihatkan seluruh perasaan dalam hati ke atas lembaran coretan. Yang pasti ianya memelukan keazaman dan ketabahan yang cukup tinggi, terlalu tinggi dari apa yang pernah ibu lalui sebelum ini.
Dorongan dan kata-kata harapannya menjadi bekalan untuk ibu mengharungi hari-hari yang bakal mendatang. Entah.. ibu masih tidak pasti, adakah ibu mampu melalui nya. Bab kata kakza, sekarang ada benih , hidupan, yang bernilai dalam perut ibu.. hargainya, berkan seluruh perhatian padanya..
Mampukah ibu?
Hmmm... these one should in the beggining, rite??..
never mind.. tarrraaaaaaaaaaaaa
NOW IM...
Yes It's me.. newborn baby10 days...
yeap.. im ,on early delivered.. 36weeks with 1.6kg..
but alhamdulillah im quite healthy now...
with du'aa from my Ibu and my beloved family too..
now im ready to hit this world... my new world
READY
LET'S COUNT TOGETHER
1,2,3......
NEXT PLEASE...
No comments:
Post a Comment