Thursday, August 4, 2011

Shopping Dayyy !!!

Selamat berpuasa di bulan ramadhan dan selamat beramal..

Saya sangat suka bulan ini sebab ibu saya tak lagi antar saya ke sekolah, sebab kata ibu saya dah besar hehehee bukan ke kalau dah besar kena gi sekolah ke Musykilll?? Ibu tak hantar ke taska sebab ibu nak bercuti awal, jadi tak payah bazirkan wang bayar yuran kalau dah separuh bulan saya tak dapat ke taska... mmm


Bulan ni genaplah umur saya 11 bulan, bulan depan cukuplah saya setahun.. cepatkan masa berlalu.. Sekarang ni ibu saya asyik tak sihat, sian ibu asyik batuk, selsema, muntah dan tak sedap badan katanya. Dia juga bagitahu saya yang dia akan bagi saya adik. Bukan ke saya masih baby lagi ? macamana saya nak ada adik? hehehe banyaknya persoalan.. seronok kah nanti kalau adik yer? mungkin adik saya nanti macam kakak dan abang kat taska saya tu kot, ramai2 main sama2... best jugak kan


Hari pertama puasa, ibu bawa saya ke pejabat pos, untuk bayar renew roadtax van katanya. Semasa bejalan keluar, baru ibu perasan puting bodoh saya dah tercicir, ibu marah2 sambil berjalan semula ke pejabat pos. nasib baik kami jumpa semula puting tu dekat ngan kaunter.. hehehe malunya saya.. tapi kat sana tak ramai customer pun, buat apa nak malu, saya kan masih baby.. hihihihi
 
Hari kedua, ibu saya siapkan saya dengan baju outing, katanya nak bawak saya jalan2.. hoyeyy saya suka.. saya ni pantang tengok ibu pakai tudung, mulalah merengek rengek tak ingat dunia, macamlah ibu nak tinggalkan saya sorang2 kat rumah.. apa daaa... tapi standard lah baby kan, mesti nak bermanja ngan ibu ... syanggg ibuuu .. ibu pun datang dukung saya, sambil peluk dengan erat, dicium saya berulang ulang, eeee seronoknya saya.. jommmm jalannnn

Ruap-rupanya ibu bawak saya pergi ke jualan gudang bayi di sebelah pejabat pos semalam... Terkejut kitaorang tengok orang yang datang mebeli sampai tak ingat dunia, bersungguh2.. ibu pun tak ketinggalan juga. selepas setengah jam, ibu berjaya memborong 2 pasang kasut yang comel dan 5 helai pakaian untuk saya. kata ibu, cukuplah kita beli ini jer, lain kali kalau ada masa, kita beli lagi... bestnya ada baju baru dan kasut.. Kasuutt??? saya kena pakai kasut ke? 



Ini lah antara barang yang ibu belikan untuk saya.
Comeyy kan kasut tuh hehee













No comments:

Post a Comment